20 Tips Penjagaan Penglihatan Yang Sihat

Adakah anda berasa malu apabila memakai kaca mata yang begitu tebal dan hodoh? Anda sebenarnya masih belum terlewat untuk lari daripada memakai  “alatan” seperti itu kerana kami akan menyediakan 20 tip yang berguna untuk merawat masalah kesihatan yang berkaitan dengan penglihatan.




1.    Pemakanan yang seimbang – Menjaga pemakanan sememangnya amat penting untuk kesihatan mata kerana nutrien di dalam makanan mempengaruhi daya penglihatan anda. Jadi, mulakan langkah pertama anda dengan menggunakan piramid makanan iaitu kurangkan makanan ringan tetapi lebihkan makanan bijiran ataupun makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

2.    Elakkan terdedah cahaya UV yang kuat – Pancaran matahari yang kuat boleh merosakkan mata dan meningkatkan risiko serangan katarak mata. Selain itu, sinaran UV yang kuat juga dapat menyebabkan anak mata anda mengecil apabila terdedah terlalu lama lalu menyebabkan penglihatan bermasalah sekaligus menyebabkan anda sakit kepala.

3.    Jauhi amalan merokok – Biasanya, orang hanya memandang merokok dapat menyebabkan masalah pada jantung. Anda juga perlu ingat bahawa nikotin di dalam rokok juga boleh meningkatkan peluang pembentukan penyakit seperti katarak mata. Akan tetapi, ramai yang mengadu sukar menghentikan tabiat merokok tetapi kami sarankan agar anda menggantikan tabiat ini dengan mengunyah gula-gula getah untuk menghindarinya.

4.    Senaman berkala – Percaya ataupun tidak, senaman juga dapat mempengaruhi kesihatan mata. Ini kerana, oksigen yang mencukupi dan peredaran darah yang baik adalah penting untuk mata.

5.    Tidur yang mencukupi – Elakkan tidur yang kurang sebaliknya dapatkan tidur yang berkualiti untuk merehatkan mata yang penat setelah seharian bekerja. Ketika anda tidur, mata dapat berehat dari pencemaran habuk dan juga cahaya.


6.    Kekalkan berat badan – Berat badan yang berubah-ubah juga dapat mempengaruhi kesihatan mata anda terutamanya bagi golongan obesiti. Apabila anda termasuk dalam golongan ini, risiko untuk mendapat penyakit diabetis adalah tinggi. Penyakit diabetis ataupun kencig manis ini juga salah satu punca kepada mata semakin rabun. Jika terus dibiarkan, ia boleh menyebabkan anda buta! Oleh itu, kekalkan berat badan yang ideal.

7.    Kurangkan penggunaan ubat titik mata (eye drop) – Kurangkan penggunaan ubat titik mata kecuali untuk mengatasi mata merah. Akan tetapi, gunakan dalam situasi yang berkala kerana jika berlebihan, ia juga boleh merosakkan kesihatan mata anda.

8.    Gunakan kaca mata hitam pelindung UV – Elakkan memakai kaca mata hitam yang tidak mempunyai pelindung UV 100%, kerana apabila mata kita berada di dalam keadaan yang tidak cukup terang ataupun gelap, bukaan anak mata akan menjadi lebih besar. Ini membolehkan UV matahari memasuki dengan lebih banyak dan sekaligus merosakkan struktur bentuk asal kanta mata.

9.    Jangan duduk terlalu lama depan komputer – Untuk menjaga kesihatan mata, jangan menghabiskan masa terlalu lama di depan komputer kerana ini boleh menyebabkan mata menjadi lelah. Elakkan menggunakan komputer tanpa memasang screen filter kerana cahaya yang dipancarkan oleh monitor kompter atau tv boleh merosakkan mata dengan cepat.

10. Elakkan penggunaan kanta lekap melebihi 19 jam – Hal ini menyebabkan kerosakan pada mata kerana kanta lekap yang digunakan terlalu lama mengandungi kuman akibat daripada dimasuki oleh habuk-habuk atau debu ketika anda berjalan ke mana-mana.

11. Bersarapan dengan telur – Walaupun kedengaran agak lucu, tetapi telur adalah salah satu makanan yang mempunyai kandungan nutrien yang begitu tinggi dan baik untuk kesihatan mata anda. Lutrin dan Zeaxanthin yang terkandung di dalam telur dapat membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Oleh itu, mulakan sarapan anda kini dengan sebiji telur setiap hari.

12. Selalu memandang benda berwarna hijau – Anda pasti terdedah begitu lama di hadapan komputer ataupun di depan buku ketika di tempat kerja. Apa kata, anda ambil sedikit masa untuk memandang ke luar dan melihat pokok-pokok  ataupun tumbuhan yang menghijau. Ini akan dapat merehatkan mata anda setelah penat bekerja.

13. Jangan membaca dalam cahaya redup – Untuk menjaga kesihatan mata, hindari daripada membaca dalam cahaya lampu yang redup yang boleh menyebabkan ketegangan mata. Sekiranya mata terasa lelah, berhenti untuk sementara waktu dan beristirehat.

14. Minum teh – jika anda gemar minum semua jenis teh, anda sedang melakukan tindakan yang betul untuk mencegah katarak mata. The membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina mata, ia akan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.

15. Minum kacang soya – Sama ada anda percaya ataupun tidak, jika anda merupakan peminat kicap dan tempe, anda tentu gembira mengetahui bahawa kacang soya merupakan salah satu makanan paling penting untuk mata. Ini kerana, kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil sebagai isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.

16. Makan lobak merah – Ramai berpendapat lobak merah mampu merawat masalah kesihatan yang berkaitan dengan mata. Kenyataan ini sememangnya benar kerana lobak merah adalah makanan kaya dengan Betacaote, pelopor kepada Vitamin A iaitu nutrien yang diperlukan untuk penglihatan, Lycopene, nutrien perlindugan sinaran UV dan juga Lutein, nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata.

17. Brokoli – Selain itu, brokoli juga berfungsi dalam menjaga kesihatan mata anda. Ini kerana, brokoli mengaktifkan enzim anti-radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.

18. Sayur bayam – Pastinya kita sering mendengar nama sayur ini bukan? Namun, apakah kaitannya dengan kesihatan mata anda? Tahukah anda, sayur bayam juga mengandungi vitamin A dan kandunga Lutein dan juga Zeaxanthin yang sangat baik untuk kesihatan mata. Jadi, jangan abaikan sayur bayam di dalam pemakanan anda.

19. Coklat – Rata-rata di antara kita gemar memakan coklat tetapi tidak pernah tahu mengenai kebaikan makanan ini pada kesihatan mata anda. Coklat merupakan makanan yang mengandungi flavonoid yang tinggi serta dipercayai dapat melindungi mata daripada dan untuk melindungi pembuluh darah mata dan memperkuat kornea mata dan juga retina.

20. Melatih mata untuk bersantai – Anda boleh mencuba cara ini ketika anda balik ke rumah ataupun ketika anda berada di dalam bilik. Cuba fokuskan mata anda pada satu objek yang dekat dengan anda, sebuah objek yang agakjauh. Ulangi proses ini beberapa kali. Duduk dan tempatkan siku anda di punggung, tutup mata dengan telapak tangan. Jauhkan telapak tangan yang menutupi mata anda selama 10 minit. Buka mata anda kembali dan ulangi semana yang mampu.

Bukan semua orang bertuah memiliki penglihatan yang sempurna. Tetapi, mengekalkan penglihatan mata yang sempurna bukanlah sesuatu yang diperolehi tanpa usaha. Oleh itu, untuk mencegah mata anda daripada terus bermasalah, anda haruslah mengambil berat pada cara pemakanan anda. Bak kata orang, “mencegah lebih baik daripada merawat”. Selamat Mencuba.


Comments

Popular Posts