Khasiat Buah Pisang yang anda mungkin tidak tahu

Entri kesihatan kali ni adalah mengenai khasiat Buah Pisang. Sapa sini suka makan pisang? Angkat kaki..Mesti korang xdapat angkat..Sebab aku xnampak..Haha..Ok la..Sapa sini penah tengok cita minion..?? Minion ni asalnya dari bahasa Francis iaitu mignon yang bermaksud cute/comel. Mungkin sebab tu kot mereka comel selalu sebab makan pisang (Aku cakap apa ni? Tiba-tiba merapu)


Petang tadi aku makan pisang yang dibeli mak kat kawan dia. Pastu, tiba-tiba terpikir nak karang blog pasal pisang pla..Sebenarnya, khasiat pisang begitu banyak. Tp, saya hanya rintaikan 10 sahaja khasiat pisang di sini untuk info para pembaca sekalian.



10 Manfaat kesihatan makan Pisang

1. Sebagai Sumber Tenaga
    Pisang mengandungi 3 jenis gula iaitu fruktosa,glukosa dan fruktosa.Gula dan karbohidrat yang terdapat dalam pisang mudah dicerna dan tidak terlalu cepat dilepaskan dalam darah sehingga orang yang memakan pisang cepat mendapat sumber tenaga,tetapi boleh bertahan lebih lama dari gula.Selain itu pisang juga mempunyai B complex untuk membina tenaga.

2. Menyokong prestasi otak
Hasil kajian yang di muat di uniqee.com menyimpulkan bahawa pisang membantu keinerja otak menjadi lebih baik. 200 orang pelajar di sebuah sekolah di Inggeris diminta untuk membiasakan diri sarapan, snek jam rehat dan makan tengah hari dengan pisang. Hasilnya pelajar-pelajar tersebut mampu menyelesaikan ujian akhir dengan baik.


3. Baik untuk kesihatan jantung

Kandungan kalium yang tinggi dan natrium yang rendah dalam buah pisang  ini boleh digunakan untuk mencegah darah tinggi.

4. Mengurangkan Gejala Stress
Kandungan potasium bermanfaat menormalkan degupan jantung. Kombinasi pelbagai zat pemakanan yang terkandung dalam pisang mengatur keseimbangan kelembapan dalam tubuh dan memperbaiki penghantaran oksigen ke otak.



Orang yang mengalami tekanan dan kemurungan, potasium ditubuhnya akan menurun dengan drastik mengakibatkan metabolisme meningkat. Kandungan potasium dalam buah ini yang tinggi memberikan bekalan untuk tubuh kita sehingga tekanan boleh dikurangkan.



5. Mengurangkan risiko stroke.
Ini terbukti dengan menurunnya risiko stroke sehingga 40% pada orang yang secara rutin mengambil pisang. Potasium menjadi nutrisi yang penting dalam mengurangkan risiko kematian kerana stroke.



6. Meneutralkan asid perut pesakit gastrik
Pisang tidak menimbulkan iritasi mahupun kerosakan kerana gastrik. Asid gastrik juga boleh dineutralkan dengan pisang. Makan pisang ditambah segelas susu baik untuk seseorang yang mempunyai sakit perut atau penyakit usus akibat asid gastrik.



7. Memperbaiki mood
Triptofan atau vitamin B6 berperanan penting untuk menghasilkan hormon serotonin. Salah satu fungsi hormon ini mengatur emosi dan menenangkan fikiran. Bagi kamu yang sedang tertekan dan memerlukan mood yang lebih baik tidak ada salahnya lebih sering makan pisang.



8- Disarankan untuk ibu hamil.
Wanita yang hamil memerlukan asid folik yang cukup untuk pertumbuhan janin dalam rahimnya. Pisang mengandungi asid folik sehingga disyorkan untuk ibu hamil. Pisang akan mencegah terjadinya cacat apabila  bayi tersebut lahir dan membantu pembentukan sel-sel baru yang sangat diperlukan oleh janin untuk pertumbuhan sel yang lebih cepat.



9. Mencegah sembelit
Serat makanan dalam pisang menjaga agar gerakan usus tetap baik. Kalau anda ingin jauh dari sembelit, makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak mengandung serat, pisang salah satunya. Jangan lupa untuk tetap minum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari



10. Mencegah pereputan tulang
Penggunaan kalium yang cukup membantu mengurangkan perkumuhan kalsium dalam air kencing.

INFO

# Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.

# Disebabkan permintaan dunia terhadap pisang terlalu tinggi, banyak hutan rimba telah diteroka dan dibersihkan untuk dibuka ladang penanaman pisang.

# Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.

# Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.

100 gram pisang menyediakan
# 1.2 gm protein
# 0.3 gm lemak
# 17 mg kalsium
# 78 mg karotin
# 88 mg kalium
# 27.2 gm karbohidrat
# 0.4 gm fiber
# 116 kcal tenaga.

Comments

Popular Posts