Tips Diet
Minum pagi: Mihun
sup dicampur dengan ayam, bebola ikan dan sayur. Kurangkan mi sebanyak satu
mangkuk sahaja. Minum air kosong.
Makan tengah hari:
Sup ayam yang mengandungi protein, lemak dan vitamin) dicampur dengan air
(kira-kira 250 kalori)
Makan malam: Tom
yam, banyakkan sayur.
''Ingat, minum
banyak air kerana banyak orang menyangkakan mereka lapar tetapi sebenarnya
mereka hanya dahaga. Selepas minum, anda tidak lagi lapar. Selain itu, ia
membuatkan anda hidrasi dan mengeluarkan toksin di dalam usus.
''Dicadangkan mengambil multivitamin yang kaya dengan chromium,
selenium, zink dan vitamin E bagi memperoleh nutrisi yang lengkap.
''Selepas dua
minggu, anda akan mendapat tenaga baru dan berat badan anda berkurangan,''
katanya yang mula sedar untuk menguruskan badan setelah kehilangan ahli
keluarga pada usia akibat sakit jantung.
Tambahnya, langkah kedua, anda kini boleh makan dua kali iaitu sarapan
pagi dan makan tengah hari tetapi tanpa gula, tinggi protein yang diperoleh
daripada sayuran danglycemic rendah daripada buah-buahan.
Selalunya, orang Malaysia pasti akan merindui nasi. Namun, anda boleh
menggunakan beras glycemic rendah seperti basmathi.
''Nasihat saya untuk mengambil suku pinggan sahaja nasi manakala yang
lain dipenuhi dengan sayur-sayuran, ikan atau ayam. Anda boleh mengambil satu
buah-buahanglycemic rendah setiap kali makan seperti epal. Juga,
makan ayam tanpa kulit.
''Ambil penggantian
makanan berat untuk makan malam seperti sup supaya perut anda tidak bekerja
keras semasa anda tidur,'' katanya.
Pada masa ini
mulalah melakukan senaman untuk membina otot. Senaman Tabata adalah sesuai pada
tahap ini. Berenang juga adalah senaman yang boleh mengurangkan berat badan,
menguatkan kardio dan ketahanan badan.
''Ingat, anda
seharusnya mengurangkan lemak dan otot-otot semasa fasa pertama dan inilah
masanya untuk menggantikan otot tersebut. Anda tidak akan mahu kulit yang
melendut di tubuh.
''Lakukan perkara
yang sama pada tahap kedua sehingga anda gembira dengan berat anda. Ini mungkin
mengambil masa sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan tetapi diingatkan
jangan cepat sangat turun kerana anda perlu membina otot dan mengelakkannya
daripada melendut. Jika hanya turun 5 kilogram, anda telah menambah lima hingga
lapan tahun usia hidup yang sihat,'' ujarnya.
Selepas tiga hingga empat minggu di tahap kedua, fizikal aktiviti anda
meningkat, bolehlah makan snek yang merupakan buah-buahan glycemic rendah
antara pukul 11 pagi dan 4 petang untuk menstabilkan gula dalam darah dan
hormon.
Apabila berat badan yang diidamkan
telah diperoleh, kekalkan dengan pelan makanan sihat yang sedia ada dan
teruskan senaman.
Comments
Post a Comment